| TARIKH | :6 JULAI 2018 |
| MASA | :9.00 AM- 2.00 PM |
| LOKASI | :PI JELI |
| PESERTA | : 20 0RANG |
TUJUAN:
Kelas ini diadakan dengan kerjasama pejabat EMPOWER daerah Jeli. Tujuan diadakan adalah untuk membantu usahawan bimbingan Empower untuk meningkatkan jualan produk mereka.
AKTIVITI:
Peserta diajar asas dan teknik fotografi yang sesuai untuk produk mereka.Peserta diberi tunjuk ajar cara untuk mengambil gambar dalm pelbagai sudut dan memastikan pencahayaan yang baik.
Peserta juga diajar untuk membina studio mereke sendiri. Mini studio yang boleh dibina menggunakan peralatan yang murah dapat membantu proses fotografi menjadi lebih baik.
Aktiviti seterusnya ialah peserta didedahkan dengan praktikal fotografi produk dan cara menyunting gambar supaya nampak lebih menarik. Terdapat beberapa teknik menyunting gambar samada secara atas talian ataupun peserta mempunyai pilihan untuk menyunting secara manual.