Pertanian

Jadual Latihan & Aktiviti | 2 August 2015

Kebanyakan penduduk di Daerah  Jeli bekerja sebagai petani. Tanaman yang paling utama ialah getah dan Kelapa sawit.  Tanaman seperti getah banyak disokong dan dibantu oleh Pejabat RISDA Jajahan Jeli dan Pejabat Pertanian Daerah Jeli. Penduduk diberi bantuan dari segi khidmat nasihat dan bantuan seperti baja dan anak benih.

 

Selain itu terdapat juga tanaman lain yang ditanam secara kecil-kecilan tetapi mampu untuk menjana ekonomi keluarga masing-masing seperti sayuran. Hasil tanaman ini akan dipasarkan di Pasar-pasar minggu atau menggunakan khidmat FAMA.