| NAMA | : SYAMIMI BINTI DAUD |
| UMUR | : 23 TAHUN |
| AHLI | : 2023 |
LATAR BELAKANG
Cik Syamimi binti Daud atau lebih mesra dengan panggilan Mimi, merupakan seorang Graduan Ijazah Sarjana Muda disalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam. Beliau menjalankan Perkhidmatan “Bouquet Surprise Delivery” hadiah dan cenderahati harijadi, ulangtahun dan lain-lain. Beliau juga Mempunyai kedai shopee dan juga aktif menjual menggunakan platform facebook dan whatsapp.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Sebelum penglibatan beliau dengan PEDi, beliau kurang mahir menggunakan medium media sosial untuk menjalankan dan mengiklankan perniagaan secara online dan mengiklankan perkhidmatan yang ditawarkan di facebook, shopee serta laman web yang lain. Perniagaannya lebih kepada jualan secara ‘offline’
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NADI
Selepas penglibatan dengan PEDi dimana beliau mengikuti kelas keusahawanan di PEDi antaranya Kelas Shopee, Facebook Page serta sentiasa belajar, kini beliau telah mahir memasarkan dan mengiklankan produk jualannya melalui platform digital tersebut.

