Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Jeli
Pusat Internet 1Malaysia Jeli merupakan projek kerjaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi focus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar.
Pusat Internet 1Malaysia jeli dulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Jeli. Mula beroperasi pada 02 Sept 2010. Pusat Internet 1Malaysia Jeli adalah 1 daripada 73 Pusat Internet 1Malaysia Fasa 2 yang terdapat di seluruh Negara.

Pada tahun 2013 Pusat Jalur Lebar Komuniti telah ditukar nama kepada Pusat Internet 1Malaysia. Walaupun nama dan logo ditukar, tetapi fungsi Pusat Internet masih dikekalkan dan diberi beberapa penambahnaikan

Pusat Internet 1Malaysia Jeli terletak di pinggir Bandar jeli. Ini memudahkan komuniti setempat untuk datang dan menggunakan kemudahan yang ada. Terletak di tingkat atas bangunan yang berhadapan dengan Balai Bomba dan Penyelamat Jeli.
